Selamat Datang
Selamat Datang
Asas makanan masyarakat Suluk
Umumnya, masyarakat suluk dahulu kala, amat terkenal sebagai pelaut dan nelayan yang hebat. Ini dapat dibuktikan dengan kehebatan masyarakat suluk dalam pembuatan bot dan kapal. Justeru, makanan berasaskan hasil laut seperti ikan, ikan kering, agar-agar, siput, kupang, tiram dan sebagainya menjadi antara menu wajib warisan turun temurun. Ubi kayu merupakan makanan yang menggantikan nasi dan masih diamalkan sehingga kini. Menu seperti ayam dan daging hanya dihidang pada masa-masa tertentu seperti majlis perkahwinan dan kenduri. Namun, seiring dengan perubahan semasa masyarakat suluk yang berada di Malaysia, telah mengadaptasi sedikit sebanyak cara hidup masyarakat Malaysia.