Selamat Datang

Selamat Datang

Pengenalan

Kaum suluk atau Tausug merupakan kaum yang mendiami kepulauan Jolo di Selatan Filipina.

Pada zaman keagungan empayar kesultanan Sulu, kerajaan suluk berkembang sehingga menurut sejarah, sebahagian daripada negeri Sabah berada di bawah kekuasaan empayar Suluk. Tidak hairanlah, sebilangan besar kaum Suluk mendiami seluruh pelusuk negeri Sabah. Kerajaan juga telah mengangkat kaum Suluk sebagai kaum bumiputra Malaysia. Malangnya, ramai masyarakat Malaysia kurang pengetahuan mengenai cara hidup masyarakat suluk. Diharap maklumat dalam blog ini dapat mengenalkan siapa sebenarnya masyarakat suluk.